Majlis Persaraan Guru Besar SK (1) Kuala Ampang

     Majlis Persaraan Guru Besar SK (1) Kuala Ampang, Puan Hajah Musalmah binti Baharudin telah diadakan pada hari ini ( 28 Januari 2011 ). Majlis berkenaan telah disusun atur oleh semua kakitangan sekolah. Sebuah jawatankuasa pelaksana telah disusun atur di bawah kendalian En. Yusri bin Yusuf. Pada majlis ini, pihak JPN Selangor dengan diwakili oleh En. Mohd. Najib bin Kasnan telah berbesar hati untuk hadir ke majlis ini. 

     Majlis ini telah bermula pada jam 10.30 pagi. Berikut dinyatakan tentatif perjalanan sepanjang majlis persaraan guru besar berkenaan  :

10.00 pagi
Ketibaan para jemputan
Murid mengambil tempat

10.30 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof
Ucapan Wakil Pelajar oleh Adik Nur Adila binti Anuar, Ketua Pengawas 2011
Ucapan Wakil Badan Kebajikan Guru oleh Us. Amri bin Mat Said
Ucapan Puan Hajah Musalmah binti Baharudin
Persembahan Tarian Tahap 1
Persembahan Nyanyian Tahun 6
Persembahan Nasyid Tahun 4
Penyampaian Cenderahati kepada Puan Hajah Musalmah binti Baharudin

11.40 pagi
Paluan Kompang
Perarakan keluar Puan Hajah Musalmah binti Baharudin



Jamuan makan dan ramah mesra bersama puan guru besar. Walaupun hari ini majlis persaraan, itu tidak bermakna rotan tidak berfungsi. Us. Hafidz dengan 'tongkat saktinya'. Keseluruhannya, murid-murid SK 1 Kuala Ampang amat berdisiplin dan terbaik di hati kami warga pendidik.
Majlis Memotong Kek. Kek disumbangkan oleh Puan Norliza binti Zainal Abidin. Kebetulan pada hari ini juga merupakan sambutan Hari Kelahiran Puan Norliza binti Zainal Abidin.

Tetamu VIP yang hadir bersama pada Hari Majlis Persaraan Guru Besar. Dari kiri, En. Mohd. Najib bin Kasnan (Wakil JPNS), En. Mohd. Said (PPD Gombak), Puan Hajah Musalmah binti Baharudin, Us. Ahmad Sabri bin Rajali ( NYDP PIBG), Us. Amri bin Mat Said (Pengerusi BKGK) dan Puan Hajah Norsiah binti Ismail (PK HEM).

Antara tetamu yang turut serta dalam majlis persaraan ini.

Puan Farah Nurhayyu binti Mohd. Fadzil telah diamanahkan menjadi Pengacara Majlis.

Bacaan doa yang telah diketui oleh Us. Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof

Ucapan wakil murid yang telah disampaikan oleh adik Adillah binti Anuar.

Ucapan wakil guru yang telah disampaikan oleh Us. Amri bin Mat Said.

Us. Ahmad Sabri bin Rajali, NYDP PIBG turut mengabil kesempatan memberikan ucapan penghargaan sempena majlis persaraan ini.

Puan Hajah Musalmah binti Baharudin memberikan amanah terakhir sempena majlis persaraan beliau. Beliau juga memaklumkan bahawa kini beliau sibuk menjadi setiausaha peribadi suaminya di samping sibuk menjaga 2 orang cucunya di rumah. Moga puan berbahagia hendaknya.

Dari dulu sampai sekarang, inilah antara muka yang akan diundang untuk menyanyi dan mengirama tarikan lagu berentak Agogo. Kini mereka berada di Tahun 3. 3 tahun menggalas kontrak sebagai penari Agogo. Tahniah ! ...

Nyanyian berkumpulan yang disampaikan oleh semua murid Tahun 6. 2 buah lagu didendangkan khas untuk didedikasikan kepada Puan Hajah Musalmah binti Baharudin. Lagu Jamal Abdillah dan Aizat menjadi pilihan. Mendapat sentuhan bimbingan Puan Hajah Mariamuthuraia.

Nyanyian nasyid lagu Perpisahan yang didendangkan oleh murid perempuan Tahun 4 dan 5. Pelik tapi benar, dalam kelas Tahun 4 ini ada murid lelaki dewasa ! ... Guru-guru lelaki ni kalau bab nyanyi, tak pernah tolak, sumbang ke, sumbing ke, itu tolak tepi .... yang penting kita menyumbangkan lagu ...

Pihak JPNS, En. Mohd. Najib bin Kasnan berbesar hati menyampaikan Sijil Per\nghargaan kepada Puan Hajah Musalmah binti Baharudin di atas bakti perkhidmatan beliau sebagai pendidik.

Perarakan keluar. Paluan kompang turut mengiringi puan dan jemputan yang hadir. Murid-murid kompang tu dah banyak kali berlatih, bagai nak tercabut tangan dibuatnya. Kumpulan ini mendapat sentuhan bimbingan songsang En. Mohd. Nizamuddin dan Us. Amri. Dahsyattttt ! ....

Seronoknya murid-murid bila dapat tahu Puan Guru Besar belanja gula-gula.


Adengan peluk memeluk antara rakan pendidik. Guru SK 2 Kuala Ampang turut serta memeriahkan majlis perarakan ini. Nasib baik En. Mohd. Fauzi bin Ab. Manaf (PK Koku SK 2 Kuala Ampang - berbaju hijau, bersongkok hitam) tak peluk guru besar. Dahsyaattttt !!!! ....
Semoga Puan Hajah Musalmah berbahagia di samping suami dan cucu tercinta. Segala sumbangan dan keprihatinan puan kepada kami amat kami sanjung. Kami berbangga dapat berkerja di bawah pentadbiran puan. Puan antara Guru Besar yang paling spoting dan dahsyaattttt !!! ....


Majlis Hi-Tea di Kelab Darul Ehsan

     Majlis Hi-Tea yang berlangsung pada 30 Januari 2011 jam 1.00 petang telah diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya. Majlis yang diadakan sempena meraikan persaraan Puan Guru Besar SK (1) Kuala Ampang, Puan Hajah Musalmah binti Baharudin. Majlis berkenaan yang mana dijadualkan pada 29 Januari 2011 (Sabtu) telah ditunda ke hari ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Majlis berkenaan telah dihadiri hampir semua kakitangan sekolah. 

     Turut hadir bersama Puan Hajah Salbiah binti Abd. Samat, Pen. Kanan Kokurikulum, SK Saujana Utama yang merupakan mantan Pen. Kanan Kokurikulum SK (1) Kuala Ampang dan juga Cik Jamaliah binti Jaafar, Kerani Pentadbiran / Kewangan SK Taman keramat (1) juga merupakan mantan Kerani Pentadbiran / Kewangan SK (1) Kuala Ampang. Tuan Haji Ahmad Sabri bin Rajali, Naib Yang DiPertua PIBG SK (1) Kuala Ampang turut melapangkan masa hadir bersama. Bak kata orang berpengalaman, yang jauh di dekatkan, yang dekat dieratkan. Inilah keluarga SK (1) Kuala Ampang. Harap ia berkekalan, Insay Allah.


Ditulis oleh Us. Hafidz / ushafidz_0905@yahoo.com