Majlis Persaraan Guru Besar SK (1) Kuala Ampang, Puan Hajah Musalmah binti Baharudin telah diadakan pada hari ini ( 28 Januari 2011 ). Majlis berkenaan telah disusun atur oleh semua kakitangan sekolah. Sebuah jawatankuasa pelaksana telah disusun atur di bawah kendalian En. Yusri bin Yusuf. Pada majlis ini, pihak JPN Selangor dengan diwakili oleh En. Mohd. Najib bin Kasnan telah berbesar hati untuk hadir ke majlis ini.
Majlis ini telah bermula pada jam 10.30 pagi. Berikut dinyatakan tentatif perjalanan sepanjang majlis persaraan guru besar berkenaan :
10.00 pagi
Ketibaan para jemputan
Murid mengambil tempat
10.30 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof
Ucapan Wakil Pelajar oleh Adik Nur Adila binti Anuar, Ketua Pengawas 2011
Ucapan Wakil Badan Kebajikan Guru oleh Us. Amri bin Mat Said
Ucapan Puan Hajah Musalmah binti Baharudin
Persembahan Tarian Tahap 1
Persembahan Nyanyian Tahun 6
Persembahan Nasyid Tahun 4
Penyampaian Cenderahati kepada Puan Hajah Musalmah binti Baharudin
11.40 pagi
Paluan Kompang
Perarakan keluar Puan Hajah Musalmah binti Baharudin
Majlis Memotong Kek. Kek disumbangkan oleh Puan Norliza binti Zainal Abidin. Kebetulan pada hari ini juga merupakan sambutan Hari Kelahiran Puan Norliza binti Zainal Abidin. |
Antara tetamu yang turut serta dalam majlis persaraan ini. |
Puan Farah Nurhayyu binti Mohd. Fadzil telah diamanahkan menjadi Pengacara Majlis. |
Bacaan doa yang telah diketui oleh Us. Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof |
Ucapan wakil murid yang telah disampaikan oleh adik Adillah binti Anuar. |
Ucapan wakil guru yang telah disampaikan oleh Us. Amri bin Mat Said. |
Us. Ahmad Sabri bin Rajali, NYDP PIBG turut mengabil kesempatan memberikan ucapan penghargaan sempena majlis persaraan ini. |
Pihak JPNS, En. Mohd. Najib bin Kasnan berbesar hati menyampaikan Sijil Per\nghargaan kepada Puan Hajah Musalmah binti Baharudin di atas bakti perkhidmatan beliau sebagai pendidik. |
Seronoknya murid-murid bila dapat tahu Puan Guru Besar belanja gula-gula. |
Semoga Puan Hajah Musalmah berbahagia di samping suami dan cucu tercinta. Segala sumbangan dan keprihatinan puan kepada kami amat kami sanjung. Kami berbangga dapat berkerja di bawah pentadbiran puan. Puan antara Guru Besar yang paling spoting dan dahsyaattttt !!! ....