Salam 1 Malaysia
Selaras dengan pembangunan ICT di Malaysia, SK 1 Kuala Ampang telah mengambil inisiatif bagi membangunkan sebuah laman blog sekolah dengan menggunakan platform blogger.com. Laman ini bukanlah sebuah laman yang hebat untuk dijadikan sumber rujukan semasa. Walau bagaimanapun, kami sedaya upaya menjadikan laman ini sebagai laman sumber rujukan utama semua pihak dan peringkat.
Peringkat permulaan, laman ini akan memuatkan semua maklumat sekolah untuk proses persediaan persekolahan 2011 di samping menyediakan maklumat-maklumat rujukan semua peringkat. Laman ini akan dikendali dan dikemaskini oleh Unit ICT sekolah ini. Sebarang cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan.
Sekian untuk kali ini.